Thursday, 5 January 2012

Dari UPSI, Adam ke USM..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Terkejut gorila tadi dapat mesej dari seorang sahabat, katanya tak cukup di UPSI, konco-konco ni buat demonstrasi di USM pulak. Wah, dah macam konsert rock artis jelajah Malaysia ye. Glamer sungguh. 

       Jadi dengan rasa kemalasan 60% dalam badan ni, aku pun melayari laman sesawang (wah, bahasa jiwa bangsa) cari-cari kesahihan berita ni. Hasil pencarian aku yang mengambil masa yang singkat je disebabkan kemakmuran negara, semuanya di hujung jari kan. Aku terpaksa tahan gelak sebab demo di usm khabarnya dihadiri seramai 10 orang mahasiswa. 

       Ya, hanya 10 orang yang ingin membawa perubahan. Nampaknya populariti Adam dari UPSI tak sampai USM. Mahasiswa USM lebih gemar study  daripada berdemonstrasi. Tapi ok la tu, cikgu aku ajar, kalau lebih dari 1, banyak la tu (taknak mereka kecik hati) Harharhar..

       Jadi, aku ramalkan yang mereka-mereka ini akan mengadakan konsert, eh salah, demonstasi bergerak ini ke serata universiti seluruh negara. Jadi kepada mahasiswa sekalian, anda kaji, anda selidik, jangan berlandaskan emosi dan tindakan kurang matang sebelum menyebelahi mana-mana pihak. Kalau perbuatan tersebut tidak mendatang manfaat kepada anda, bangsa anda, agama anda, tak perlulah anda berdemo-demo. Teruskan berada di bilik, atau di library, main game, baca buku, hafal nota, berusrah, baca quran, main kompang,  atau tidurrrr. Itu adalah lebih baik. 

       Penuhkan dulu ilmu di dada, jangan lupa mendaftar sebagai pengundi ye kalau dah cukup umur 21 tahun. Kemudian habiskan pengajian anda dengan cemerlang, baru lah dapat jadi pemimpin hebat. Lepas tu, masuk la bertanding dalam pilihanraya. Tak lama pun nak tunggu habis study. Habis study nanti politik la puas-puas sampai muntah. 

p/s: aku nampak orang-orang itu hendak tebang pokok besar, mereka cantas dahan, tapi tumbuh dahan baru, mereka cuba tebang tapi tetap juga hidup, jadi cara terbaik mereka lakukan dengan membubuh racun pada akar pokok, supaya pokok itu mati dan rebah sendiri ke bumi.

No comments:

Post a Comment