Assalamualaikum dan salam sejahtera (baca macam pembaca berita ye)
perkara yang pelik bin ajaib bila semua orang kita sibuk benar menyambut tahun baru, tapi awal muharram pun tak ingat bila. Hehe...
Apa azam tahun baru awak? Itu soalan bocor yang “wajib” tanya bila hujung tahun? Ajaib...
Azam juga dijadikan strategi dan forecast apa yang akan berlaku pada tahun depan. Tapi pastikan azam tersebut realistik! Bukan azam di awan, jasad masih berada di tanah pamah 180 meter dari aras laut. Kalau setakat azam nak nak beli baju cun kat kedai mak cik melah sebab dah bekenan lama dah, tu bukan azam.
Lagi pelik kalau azam nak dapat boyafriend baru yang hensem macam pelakon korea, kaya macam Donald Trump, lawak macam matluthfi90, tu pun bukan azam rasanya. Kalau betul-betul terlaksana, anda manusia ajaib lah!
Pelik juga kalau buat azam tapi tak berdoa, usaha pun ajaib sangat sebab tak ada.
Perkara pelik bin ajaib lain ialah, bulan Januari semua akhbar ada tema wajib, tema tangkap basah, tangkap separuh basah, tangkap lencun, tangkap lah apa yang nak ditangkap. Cliche lagi aku tulis, bulan september, tema muka depan semua paper, anak l*@# nikah pula.
Pelik bin ajaib lagi, kita ada tak cari jalan penyelesaian masalah tu? Ada... jalan penyelesaian yang kita buat adalah dengan “berkonsert” , “berparti”, bakar bunga api (wah cantiknyerrr). Kalau setakat duduk rumah, mana ada tahun baru beb, orang dah masuk 2012 pun kau tak sedar sebab kau tidur awal. Haha... memang kau “ong ong” bawah tempurung la. Pelik kan kalau tak sambut tahun baru akan anggap pelik. =]
Pelik bin ajaib lagi yang aku pun pelik ialah baby yang lahir tahun baru dapat masuk paper. Sebab tarikh lahir babies yang ajaib kot, 1/1/every year. Doa kepada babies tersebut, semoga anda semua jadi manusia cemerlang dan ajaib sesuai dengan keajaiban hari kelahiran anda. Tarikh lahir aku lagi ajaib, sebab aku lahir =]. Btw, tarikh lahir kekasih Allah anda ingat ke tidak?
Terpelik dan terajaib lagi bila tahun baru ramai yang suka... yeay.. happy tahun baru. Tapi bila umur dah meningkat, uban berterabur, gigi gugur, kulit kendur, dekat dengan kubur takut la pulak kan. Siap rahsia-rahsia umur lagi, mengaku umur 25 tahun padahal 52 tahun. Seharusnya bersyukur, tahun baru, umur baru, diri pun brand new la juga, berjinak-jinak la dengan sejadah sebab dia tak makan orang pun (buat azam bagus nih). =]
Akhir kata, selamat berazam dengan penuh keazaman, dan berpada-padalah bila nak menyambut tahun baru nanti. Kalau rasa diri tak tahan daripada nak berpada-pada, duduk rumah sudah!! Orang sibuk buat gosip kata kiamat 2012, jadi bersiap sedialah kita, walau bilapun, kiamat pasti berlaku, kiamat kecil pun boleh berlaku, contohnya kita mati ke.. lepas kau baca ni kau mati ke, aku pun lepas tulis ni aku mati ke. hihi..
p/s: Aku makin tua, eh.. tak, makin matang hendaknya tahun depan. Yang buruk semua aku yang tulis, yang baik semua dari Allah s.w.t, selamat mematangkan diri tahun depan dan depan lagi.
No comments:
Post a Comment