Thursday, 5 January 2012

Dari UPSI, Adam ke USM..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Terkejut gorila tadi dapat mesej dari seorang sahabat, katanya tak cukup di UPSI, konco-konco ni buat demonstrasi di USM pulak. Wah, dah macam konsert rock artis jelajah Malaysia ye. Glamer sungguh. 

       Jadi dengan rasa kemalasan 60% dalam badan ni, aku pun melayari laman sesawang (wah, bahasa jiwa bangsa) cari-cari kesahihan berita ni. Hasil pencarian aku yang mengambil masa yang singkat je disebabkan kemakmuran negara, semuanya di hujung jari kan. Aku terpaksa tahan gelak sebab demo di usm khabarnya dihadiri seramai 10 orang mahasiswa. 

       Ya, hanya 10 orang yang ingin membawa perubahan. Nampaknya populariti Adam dari UPSI tak sampai USM. Mahasiswa USM lebih gemar study  daripada berdemonstrasi. Tapi ok la tu, cikgu aku ajar, kalau lebih dari 1, banyak la tu (taknak mereka kecik hati) Harharhar..

Friday, 30 December 2011

Perkara pelik +ajaib + menjelang tahun baru = makin tua + makin merapu



Assalamualaikum dan salam sejahtera (baca macam pembaca berita ye)

perkara yang pelik bin ajaib bila semua orang kita sibuk benar menyambut tahun baru, tapi awal muharram pun tak ingat bila. Hehe...

Apa azam tahun baru awak?  Itu soalan bocor yang “wajib” tanya bila hujung tahun? Ajaib...

Azam juga dijadikan strategi dan forecast apa yang akan berlaku pada tahun depan. Tapi pastikan azam tersebut realistik! Bukan azam di awan, jasad masih berada di tanah pamah 180 meter dari aras laut. Kalau setakat azam nak nak beli baju cun kat kedai mak cik melah sebab dah bekenan lama dah, tu bukan azam. 

Lagi pelik kalau azam nak dapat boyafriend baru yang hensem macam pelakon korea, kaya macam Donald Trump, lawak macam matluthfi90, tu pun bukan azam rasanya. Kalau betul-betul terlaksana, anda manusia ajaib lah!


Friday, 23 December 2011

Dilema nak pilih IPTA atau IPTS ???


Sekarang ni dah hujung bulan Disember, mesti ramai tengah enjoy lepas tamat SPM @ STPM kan... Tapi rasanya ada juga yang dalam dilema, maklumlah, sekarang ni anda merupakan penghuni rumah yang paling popular sebab banyak dapat surat dari posmen kan. Banyak iklan dan tawaran IPTA@IPTS yang akan dipos ke rumah anda. Jadi, kepada yang semangatnya berkobar-kobar nak lanjutkan pelajaran, buatlah pilihan anda dengan bijak. Kerana setiap keputusan anda pada hari ini akan menentukan di mana anda akan berada pada masa hadapan.

      Disebabkan isu ni isu masa depan saudara saudari, saya tidak berani untuk sewenang-wenangnya memberikan nasihat. Jadi saya teringin berkongsi pembacaan mengenai isu ini daripada perspektif pakar iaitu Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Pakar Motivasi MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. 

Adamiah Adli + pelakon kegemaranku tahun 2011


Pengacara majlis lelaki: selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke anugerah gaban yang gilang gemilang dan amat-amat kita nantikan tahun ini. Anugerah ini akan diberikan kepada pelakon yang menerima undian tertinggi gaban daripada peminat mereka.

Pengacara majlis perempuan: Ye, betul tu pengacara majlis lelaki. Peminat-peminat sekarang ini semakin bijak mengundi dan akan memilih siapakah pelakon yang berbakat gaban dan berkualiti.

Pengacara majlis lelaki: tak payah kita nak buang masa lagi, mari kita umumkan pemenang pelakon paling popular gaban tahun ini.

Thursday, 22 December 2011

ph 7 dalam isu Mahasiswa+ turun bendera+ panglima mengamuk= apapuntakboleh..


Apa yang aku tulis harapnya adalah sesuatu yang neutral yang aku dapat hadam daripada pemahaman aku pasal si mahasiswa seorang ni yang mana namanya aku tak nak sebut disebabkan dia sendiri sudah menerima ancaman dan kutukan yang maha dasyat.
       Mereka-mereka ini yang mahu menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan untuk membantah AUKU, bagi aku adalah satu perkara yang tidak salah. Namun, insiden yang berlaku, di mana mahasiswa ini yang dengan kurang berfikiran matang barangkali, telah menurunkan bendera (bendara apa aku tak mau sebut) adalah sesuatu yang tidak rasional. Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Bendara adalah sesuatu yang simbolik dan mempunyai makna kepada sesiapa sahaja yang menyangjunggi kepada simbol penghormatan tersebut.
       Tindakan cetek akal yang telah dilakukan (menurunkan bendera) ibarat pergi ke rumah orang dan kemudian telah menampar muka tuan rumah. Sikap tidak menghormati tuan rumah dengan cara sedemikian sudah tentunya sama seperti menjolok sarang tebuan. Bukan sahaja tuan rumah yang akan terasa sakitnya, malah seluruh ahli keluarga tuan rumah akan turut berasa marah.

Wednesday, 21 December 2011

Siapakah Abdullah Fahim ?



Tadi aku kemas bilik, aku terpunggah la kotak-kotak buku zaman muda-muda dulu.. haha.. Aku tertarik dengan sebuah buku ni yang aku dapat time form 1 dulu, walaupun dah 10 tahun tapi buku tu elok lagi. Jadi aku pun teringinlah nak berkongsi pasal buku Abdullah Fahim: Perjuangan Seorang Tokoh Agama Dan Kemerdekaan, sebab aku rasa tak ramai antara muda-mudi belia sekarang mengenali siapa itu Abdullah Fahim.. Beliaulah tokoh yang mencadangkan Tuanku Abdul Rahman memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai hari Kemerdekaan negara kita. 

Sebagai perkongsian ilmu dengan semua, aku pun terpanggil untuk mencedok dengan senduk sedikit sebanyak dalam buku ini mengenai tokoh agama dan kemerdekaan ini.  

Tuesday, 20 December 2011

aku yang celik malu pada yang buta..



Petang tadi aku makan dekat sebuah kedai tepi jalan ni.. tengah makan sambil bersembang-sembang hal duniawi dengan kawan, kami ternampak seorang lelaki buta nak melintas jalan. Disebabkan jarak aku dengan lelaki buta tu lebih kurang 60meter, jadi aku pun tengok saja sambil menyuap mee ke dalam mulut. Aku kata dekat kawan aku, “ish.. kesiannya, dia buta, nak lintas jalan. Kalau la kita yang celik ni tiba-tiba buta, mesti tak dapat nak buat apa-apa. Mata ni lebih penting dari tangan atau kaki”. Serius terdetik dalam hati aku rasa kesian. Tapi aku hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. 

       Dalam masa yang sama, ada seorang hamba Allah ni yang berdiri lebih jauh dari jarak aku dengan orang buta tersebut, lalu hamba Allah ni mendekati lelaki buta itu dan membantunya melintas jalan. Ya Allah.. baru aku tersentak, kenapa aku tidak boleh bertindak sedemikian sedangkan aku mampu untuk menolong lelaki buta tersebut. Lelaki buta tersebut dalam perjalanan menuju ke masjid untuk berjemaah maghrib menambahkan kesentakkan aku sebab aku insan yang celik ni masih lagi di kedai makan sedangkan waktu sudah hampir maghrib.