Tuesday, 20 December 2011

aku yang celik malu pada yang buta..



Petang tadi aku makan dekat sebuah kedai tepi jalan ni.. tengah makan sambil bersembang-sembang hal duniawi dengan kawan, kami ternampak seorang lelaki buta nak melintas jalan. Disebabkan jarak aku dengan lelaki buta tu lebih kurang 60meter, jadi aku pun tengok saja sambil menyuap mee ke dalam mulut. Aku kata dekat kawan aku, “ish.. kesiannya, dia buta, nak lintas jalan. Kalau la kita yang celik ni tiba-tiba buta, mesti tak dapat nak buat apa-apa. Mata ni lebih penting dari tangan atau kaki”. Serius terdetik dalam hati aku rasa kesian. Tapi aku hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. 

       Dalam masa yang sama, ada seorang hamba Allah ni yang berdiri lebih jauh dari jarak aku dengan orang buta tersebut, lalu hamba Allah ni mendekati lelaki buta itu dan membantunya melintas jalan. Ya Allah.. baru aku tersentak, kenapa aku tidak boleh bertindak sedemikian sedangkan aku mampu untuk menolong lelaki buta tersebut. Lelaki buta tersebut dalam perjalanan menuju ke masjid untuk berjemaah maghrib menambahkan kesentakkan aku sebab aku insan yang celik ni masih lagi di kedai makan sedangkan waktu sudah hampir maghrib.

       Peristiwa hari ini sedikit sebanyak telah membuka mata aku supaya jangan malu memberikan pertolongan kerana perbuatan tersebut adalah terpuji, dan yang kedua mantapkan solat selagi masih ada kudrat dan pancaindera yang sempurna sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t

       Cerita ini sekurang-kurangnya dapatlah menginsafkan sesiapa sahaja yang membaca. Memang rakyat kita terkenal dengan sifat suka menolong, tolong bagi derma ke Daffur, hantar makanan ke Gaza. Tetapi kadang kala kita terlepas pandang dengan orang yang memerlukan bantuan yang ada didepan mata. Mungkin saudara seagama kita, jiran sekampung malah dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri.

       Aku pun nak mengingatkan diri sendiri dan yang lain-lain untuk melatih diri supaya mudah memberikan pertolongan kepada orang lain tanpa duduk, lihat dan tunggu orang lain pula yang memberikan bantuan. Tidak merugikan atau memalukan jika kita memberikan bantuan dengan ikhlas sebaliknya dinaikkan darjat olah Allah s.w.t 

            Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata, aku telah dengar Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya Allah telah berfirman: Apabila Aku menguji seorang hambaku dengan dua perkara yang menjadi kesayangannya kemudian ia bersabar,aku akan gantikan kepadanya dengan pembalasan Syurga” Ia maksudkan dengan dua perkara yang menjadi kesayangannya ialah 2 biji matanya.

- Riwayat Bukhari – kredit kepada peribadirasulullah.wordpress.com 

 Jadi kita yang celik dan belum tentu syurga ini apa salahnya jika tolong pimpin tangan jika ada sang buta yang mahu melintas. Kalau orang hensem yang buat macam tu, memang bertambah-tambahlah kacaknya dipandang.. yang buruk semua aku yang buat, yang baik semuanya datang dari Allah s.w.t =]

p/s: sebenarnya dah lama aku tulis benda ni, dekat 2 bulan dah kot, ni baru da kesempatan nak post.. =)


No comments:

Post a Comment