Friday, 23 December 2011

Dilema nak pilih IPTA atau IPTS ???


Sekarang ni dah hujung bulan Disember, mesti ramai tengah enjoy lepas tamat SPM @ STPM kan... Tapi rasanya ada juga yang dalam dilema, maklumlah, sekarang ni anda merupakan penghuni rumah yang paling popular sebab banyak dapat surat dari posmen kan. Banyak iklan dan tawaran IPTA@IPTS yang akan dipos ke rumah anda. Jadi, kepada yang semangatnya berkobar-kobar nak lanjutkan pelajaran, buatlah pilihan anda dengan bijak. Kerana setiap keputusan anda pada hari ini akan menentukan di mana anda akan berada pada masa hadapan.

      Disebabkan isu ni isu masa depan saudara saudari, saya tidak berani untuk sewenang-wenangnya memberikan nasihat. Jadi saya teringin berkongsi pembacaan mengenai isu ini daripada perspektif pakar iaitu Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Pakar Motivasi MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. 


Kelebihan IPTA 
  • Universiti yang telah mempunyai jenama dan dikenali umum serta mempunyai pengalaman dan kajian RnD
  • Mempunyai kualiti tenaga pengajar yang lebih baik kerana terdiri daripada mereka-mereka yang berpengalaman luas
  • Pelajar lebih rasa selesa, terjamin, dan selamat
  • Pengambilan ditapis, dan hanya pelajar yang layak serta menepati kriteria akan diterima
  •  Diiktiraf oleh MQA
  • Menawarkan pelbagai jurusan
  • Yuran pengajian yang berpatutan kerana diberikan subsidi yuran oleh kerajaan
  • Lebih mudah untuk memperolehi biasiswa seperti JPA @ Mara
Kelebihan IPTS 
  •   Lebih bersifat satu Malaysia
  •  Penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih baik
  • Mengambil pelajar yang pandai alaupun dengan menggunakan keputusan percubaan
  • Kebanyakan IPTS sudah mempunyai jenamanya dan dikenali
  • Mempunyai pengiktirafan, ada yang memdapat pengiktirafan antarabangsa apabila membuat kerjasama dengan IPTA
  • Bidang pelbagai dan tertumpu kepada jurusan
  • Kos pendidikan yang agak tinggi
     Menurut Dr. Hj Tengku Asmadi lagi, sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTS, mereka perlu mengambil kira tiga aspek utama iaitu kewangan, kerana IPTS memerlukan perbelanjaan yang cukup besar. Kedua, kecenderungan terhadap jurusan yang dipilih, dan yang ketiga adalah melihat prospek kerjaya jurusan yang dipilih. 

p/s: Tak kira di mana jua anda melanjutkan pelajaran, anda harus belajar dengan bersungguh-sungguh kerana anda akan merasa kemanisan ilmu. Melangkah ke menara gading, adalah satu perubahan fasa dalam kehidupan bukan sahaja menambah ilmu tetapi paling utama ialah mencari kematangan dalam kehidupan. Sekali anda melangkah, pastikan anda pulang dengan membawa kejayaan, dan saat paling berharga adalah apabila anda menghadiri majlis konvokesyen sendiri, penat lelah  berbaloi setelah tamat belajar. Giler best gaban konvo!! =]

No comments:

Post a Comment