Assalamualaikum dan salam sejahtera (baca macam pembaca berita ye)
perkara yang pelik bin ajaib bila semua orang kita sibuk benar menyambut tahun baru, tapi awal muharram pun tak ingat bila. Hehe...
Apa azam tahun baru awak? Itu soalan bocor yang “wajib” tanya bila hujung tahun? Ajaib...
Azam juga dijadikan strategi dan forecast apa yang akan berlaku pada tahun depan. Tapi pastikan azam tersebut realistik! Bukan azam di awan, jasad masih berada di tanah pamah 180 meter dari aras laut. Kalau setakat azam nak nak beli baju cun kat kedai mak cik melah sebab dah bekenan lama dah, tu bukan azam.
Lagi pelik kalau azam nak dapat boyafriend baru yang hensem macam pelakon korea, kaya macam Donald Trump, lawak macam matluthfi90, tu pun bukan azam rasanya. Kalau betul-betul terlaksana, anda manusia ajaib lah!