Sudah tiba masanya untuk aku pula mengpublishkan segala macam yang otak aku ni fikir. Jadi, aku akan start menulis blog untuk berkongsi pandangan, pendapat, cerita, kejiwangan dsb. Selama ni aku hanya selalu menulis di dalam buku atau lebih romantik lagi dipanggil diari. Dari kecil sampailah besar sekiranya ada masalah yang tak dapat aku luahkan kepada sesiapa aku akan menulis. Bagi aku meluahkan perasaan dalam penulisan dapat memberikan ketenangan, dan ada kala apa yang kita tulis hanya sekadar luahan perasaan yang kita tidak mahu diketahui oleh orang lain, especially kalau kita tulis pasal orang tersebut!!
Hobi meluahkan perasaan dalam buku semakin jarang-jarang aku buat sebab aku dilahirkan sebagai orang yang banyak bercakap, ala-ala Pak Jabek yang gila mikrofon. Orang yan sekeliling yang rapat memang selalu akan jadi tempat untuk aku bercerita dan mereka akan dengar sama ada secara sukarela ataupun paksaan. Semua benda yang jadi terutamanya yang memberi makna, aku akan cerita. Sudah menjadi penyakit serius, kalau tak bercerita aku akan rasa nak pengsan.
Aku tersangat tak boleh tahan geram kalau ada orang baca dairi aku lepas tu cerita kat orang lain, almaklumlah, menyorokkan sebuah dairi bukan sesuatu yang mudah. Haha.. lama-lama aku hilang minat untuk menulis. Tapi tetap akan menulis jika ada benda yang tak dapat aku cerita kepada mak atau kawan-kawan (terutamanya hal hati, sebab tak semua orang boleh faham kita kan). Disebabkan buku luahan perasaan aku selalu kena curi baca, jadi aku rasa macam ada paparazi yang suka cari cerita panas dari aku. Jadi... hari ni, lahirlah blog aku untuk berkongsi segala cerita hidup aku dengan manusia-manusia di luar sana yang ketandusan bahan bacaan untuk membaca picisan dari aku. Yang buruk semua mai dari aku yang tak seberapa ni, dan yang baik hanya dari Allah s.w.t.. =]
No comments:
Post a Comment