Friday, 30 December 2011

Perkara pelik +ajaib + menjelang tahun baru = makin tua + makin merapu



Assalamualaikum dan salam sejahtera (baca macam pembaca berita ye)

perkara yang pelik bin ajaib bila semua orang kita sibuk benar menyambut tahun baru, tapi awal muharram pun tak ingat bila. Hehe...

Apa azam tahun baru awak?  Itu soalan bocor yang “wajib” tanya bila hujung tahun? Ajaib...

Azam juga dijadikan strategi dan forecast apa yang akan berlaku pada tahun depan. Tapi pastikan azam tersebut realistik! Bukan azam di awan, jasad masih berada di tanah pamah 180 meter dari aras laut. Kalau setakat azam nak nak beli baju cun kat kedai mak cik melah sebab dah bekenan lama dah, tu bukan azam. 

Lagi pelik kalau azam nak dapat boyafriend baru yang hensem macam pelakon korea, kaya macam Donald Trump, lawak macam matluthfi90, tu pun bukan azam rasanya. Kalau betul-betul terlaksana, anda manusia ajaib lah!


Friday, 23 December 2011

Dilema nak pilih IPTA atau IPTS ???


Sekarang ni dah hujung bulan Disember, mesti ramai tengah enjoy lepas tamat SPM @ STPM kan... Tapi rasanya ada juga yang dalam dilema, maklumlah, sekarang ni anda merupakan penghuni rumah yang paling popular sebab banyak dapat surat dari posmen kan. Banyak iklan dan tawaran IPTA@IPTS yang akan dipos ke rumah anda. Jadi, kepada yang semangatnya berkobar-kobar nak lanjutkan pelajaran, buatlah pilihan anda dengan bijak. Kerana setiap keputusan anda pada hari ini akan menentukan di mana anda akan berada pada masa hadapan.

      Disebabkan isu ni isu masa depan saudara saudari, saya tidak berani untuk sewenang-wenangnya memberikan nasihat. Jadi saya teringin berkongsi pembacaan mengenai isu ini daripada perspektif pakar iaitu Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Pakar Motivasi MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. 

Adamiah Adli + pelakon kegemaranku tahun 2011


Pengacara majlis lelaki: selamat datang tuan-tuan dan puan-puan ke anugerah gaban yang gilang gemilang dan amat-amat kita nantikan tahun ini. Anugerah ini akan diberikan kepada pelakon yang menerima undian tertinggi gaban daripada peminat mereka.

Pengacara majlis perempuan: Ye, betul tu pengacara majlis lelaki. Peminat-peminat sekarang ini semakin bijak mengundi dan akan memilih siapakah pelakon yang berbakat gaban dan berkualiti.

Pengacara majlis lelaki: tak payah kita nak buang masa lagi, mari kita umumkan pemenang pelakon paling popular gaban tahun ini.

Thursday, 22 December 2011

ph 7 dalam isu Mahasiswa+ turun bendera+ panglima mengamuk= apapuntakboleh..


Apa yang aku tulis harapnya adalah sesuatu yang neutral yang aku dapat hadam daripada pemahaman aku pasal si mahasiswa seorang ni yang mana namanya aku tak nak sebut disebabkan dia sendiri sudah menerima ancaman dan kutukan yang maha dasyat.
       Mereka-mereka ini yang mahu menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan untuk membantah AUKU, bagi aku adalah satu perkara yang tidak salah. Namun, insiden yang berlaku, di mana mahasiswa ini yang dengan kurang berfikiran matang barangkali, telah menurunkan bendera (bendara apa aku tak mau sebut) adalah sesuatu yang tidak rasional. Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Bendara adalah sesuatu yang simbolik dan mempunyai makna kepada sesiapa sahaja yang menyangjunggi kepada simbol penghormatan tersebut.
       Tindakan cetek akal yang telah dilakukan (menurunkan bendera) ibarat pergi ke rumah orang dan kemudian telah menampar muka tuan rumah. Sikap tidak menghormati tuan rumah dengan cara sedemikian sudah tentunya sama seperti menjolok sarang tebuan. Bukan sahaja tuan rumah yang akan terasa sakitnya, malah seluruh ahli keluarga tuan rumah akan turut berasa marah.

Wednesday, 21 December 2011

Siapakah Abdullah Fahim ?



Tadi aku kemas bilik, aku terpunggah la kotak-kotak buku zaman muda-muda dulu.. haha.. Aku tertarik dengan sebuah buku ni yang aku dapat time form 1 dulu, walaupun dah 10 tahun tapi buku tu elok lagi. Jadi aku pun teringinlah nak berkongsi pasal buku Abdullah Fahim: Perjuangan Seorang Tokoh Agama Dan Kemerdekaan, sebab aku rasa tak ramai antara muda-mudi belia sekarang mengenali siapa itu Abdullah Fahim.. Beliaulah tokoh yang mencadangkan Tuanku Abdul Rahman memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai hari Kemerdekaan negara kita. 

Sebagai perkongsian ilmu dengan semua, aku pun terpanggil untuk mencedok dengan senduk sedikit sebanyak dalam buku ini mengenai tokoh agama dan kemerdekaan ini.  

Tuesday, 20 December 2011

aku yang celik malu pada yang buta..



Petang tadi aku makan dekat sebuah kedai tepi jalan ni.. tengah makan sambil bersembang-sembang hal duniawi dengan kawan, kami ternampak seorang lelaki buta nak melintas jalan. Disebabkan jarak aku dengan lelaki buta tu lebih kurang 60meter, jadi aku pun tengok saja sambil menyuap mee ke dalam mulut. Aku kata dekat kawan aku, “ish.. kesiannya, dia buta, nak lintas jalan. Kalau la kita yang celik ni tiba-tiba buta, mesti tak dapat nak buat apa-apa. Mata ni lebih penting dari tangan atau kaki”. Serius terdetik dalam hati aku rasa kesian. Tapi aku hanya melihat tanpa berbuat apa-apa. 

       Dalam masa yang sama, ada seorang hamba Allah ni yang berdiri lebih jauh dari jarak aku dengan orang buta tersebut, lalu hamba Allah ni mendekati lelaki buta itu dan membantunya melintas jalan. Ya Allah.. baru aku tersentak, kenapa aku tidak boleh bertindak sedemikian sedangkan aku mampu untuk menolong lelaki buta tersebut. Lelaki buta tersebut dalam perjalanan menuju ke masjid untuk berjemaah maghrib menambahkan kesentakkan aku sebab aku insan yang celik ni masih lagi di kedai makan sedangkan waktu sudah hampir maghrib.

Kemalangan paling ngeri alaf ini





Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

     Selepas itu, emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak saya menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar  saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak jatuh ke dalam gaung. Dia menjerit, “Adoi”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu Nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan 2kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

once upon a time, sebab wujudnya blog nie.....


Sudah tiba masanya untuk aku pula mengpublishkan segala macam yang otak aku ni fikir. Jadi, aku akan start menulis blog untuk berkongsi pandangan, pendapat, cerita, kejiwangan dsb. Selama ni aku hanya selalu menulis di dalam buku atau lebih romantik lagi dipanggil diari. Dari kecil sampailah besar sekiranya ada masalah yang tak dapat aku luahkan kepada sesiapa aku akan menulis. Bagi aku meluahkan perasaan dalam penulisan dapat memberikan ketenangan, dan ada kala apa yang kita tulis hanya sekadar luahan perasaan yang kita tidak mahu diketahui oleh orang lain, especially kalau kita tulis pasal orang tersebut!!